Wednesday, 20 March 2013

PAS DALANG DISEBALIK 'ASAL BUKAN DALI' (ABD)



KOTA BHARU - Propaganda busuk Pas dan lidah rasminya, Harakahdaily.net untuk mengkucar-kacirkan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa akhirnya terbongkar pada malam tadi.

Ia gara-gara tindakan sekumpulan manusia yang membawa bendera UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengadakan demonstrasi di hadapan hotel Sutera Inn untuk bertemu dengan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin.

Rupa-rupanya kumpulan tersebut diketuai oleh aktivis Pas Kelantan tersohor, Jeming Hassan (untuk makluman Jeming tidak dapat menyebut huruf R dengan betul). Rujuk dua  artikel harakahdaily sebelum ini DISINI dan DISINI.

Tidak perlu untuk mengulas panjang kerana gambar-gambar ini menceritakan segala-galanya.





Nampaknya kali ini Pas amat terdesak, sehinggakan di kubu sendiri yang dikepalai oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa main motor sehingga upah orang berlakon menjadi UMNO kemudian buat kacau, buat demonstrasi ABD (Asal Bukan Dali).

Jadi fikirlah sendiri inikah contoh parti islam yang dipimpin oleh ulama.

SUMBER DARI : Detik Perubahan

No comments:

Post a Comment