Wednesday, 13 March 2013

UPDATE LAHAD DATU: INFO 2 ANGGOTA GUGUR OPS DAULAT.

Mereka pulang dalam kotak kayu,
Tubuh terbaring penuh layu,
Anak isteri sambut penuh sayu,
Demi pertahan Negara dirgahayu.
Mereka pulang disalut bendera,
Di tunggu oleh sanak saudara,
Mati mereka penuh luka dan cedera,
Demi membela kedaulatan Negara.
Mereka pulang tanpa nyawa,
Memberi jasa sepenuh jiwa,
Tiada lagi gelak dan ketawa,
Gugur di Sabah di satu peristiwa.


Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, berasal dari Pasir Mas, Kelantan terkorban dalam pertempuran dengan Pengganas Sulu yang berlaku pada jam 10.45 pagi di hari kelapan Ops Daulat.


Allahyarham Ahmad Farhan Ruslan, 21, berasal dari Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan terkorban dalam kemalangan di Jalan Tungku, Kampung Bakapit, Lahad Datu pukul 7.30 pagi semalam (12 Mac 2013) semasa mengiringi konvoi menghantar bekalan makanan kepada pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Lahad Datu.



Kedua-dua anggota merupakan Prebet yang dinaikkan pangkat sebagai Koperal selamat tiba di Lapangan Terbang TUDM Subang kira-kira jam 7.45 pagi tadi (13 Mac 2013). Jenazah mereka disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi dengan penuh Istiadat Tentera.

::Al-Fatihah..
::tumpatnews::


PIHAK PERLEKEH ATM DAN PRDM LAPOR DIRI SEGERA SERTAI OPS DAULAT- ZAHID.


“ Masih ada segelintir yang menghina, memperlekeh pasukan ATM dan PDRM. Saya harap mereka ini akan pergi ke kawasan-kawasan operasi berkenaan. Saya akan minta ATM sambut mereka dan lepaskan mereka ke barisan hadapan untuk menghadapi penceroboh-penceroboh ini.” Kenyataan tegas oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Sidang Akhbar 13 Mac 2013.
Kenyataan ini dibuat ekoran masih terdapat pihak-pihak tertentu khususnya kelompok media sosial melontarkan kritikan termasuk hinaan terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat untuk  mematahkan serangan pengganas di Sabah.

Pihak-pihak yang berterusan menghina dan memperlekehkan pasukan keselamatan  Negara dalam Ops Daulat diminta SEGERA MENDAFTAR DIRI untuk dihantar ke kawasan operasi untuk berdepan dengan penggganas Sulu.

# Tauke SANDIWARA juga diminta berdaftar segera untuk mengetuai Kaki Penghina!

::tumpatnews::

JENAZAH ANGGOTA TENTERA YANG TERKORBAN DI LAHAT DATU SELAMAT DIKEBUMIKAN



Dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Tuesday, 12 March 2013

PERPADUAN UMNO  KELANTAN TENTUKAN BN MENANG PRU13

Dato Wan Johani
Angin perubahan dikalangan rakyat negeri Kelantan sememangnya telah membuak-buak hanya menunggu masa semboyan Pilihan Raya Umum ke 13 dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meniup wiselnya.

TIAN CHUA TERUS DIKECAM!!


Kecaman terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina di Sabah didalangi UMNO, berterusan dengan semakin banyak pihak membuat laporan polis terhadapnya.

NAJIB MULA PALU GENDANG PRU-13


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mula "memalu" gendang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) apabila melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Pekan.

PRU 13 : UMNO-BN TUMPAT,SESIAPA PUN CALON KITA UNDI!!


Bahang PRU13 kini mula dirasai semakin hampir setelah teka-teki mengenainya menjadi satu polemik panjang sejak hampir setahun lalu dan desas desus mengatakan ia akan diadakan november ini iaitu selepas sambutan Hari Raya Aidiladha atau selepas para jemaah haji balik ke tanah air.

Monday, 11 March 2013

JIHAD TOLAK PAS PRU13??


Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda mengisytiharkan bahawa mengundi Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

VIDEO : BLOGGER PR PERTIKAI SOALAN SUMPAH LAKNAT DARI WARTAWAN


"Penyokong Taksub Anwar Ibrahim menimbulkan KETEGANGAN masa PC AZLAN, bapa Saiful di HQ PKR hari ini bila wartawan cuba dihalang tuju soalan-soalan mereka.Tujuan PC adalah mahu menyerahkan borang ahli PKR."




VIDEO : BAKAL CALON PAS KANTOI TENGAH BAGI RASUAH?!


SEK MUTO PAS - RM50 SEORANG..KANTOI!



BO LA WEI UNTUK SEDARKAN RAKYAT KELANTAN - EDDIE HAMID



Komposer lagu Bo La Wei, Eddie Hamid hari ini memberitahu akan tetap meneruskan perjuangannya untuk menyedarkan rakyat Kelantan walaupun menerima kritikan berterusan dari penyokong fanatik parti pembangkang.

Sunday, 10 March 2013

LAHAD DATU INFO- TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


“Bila dia (Anwar) berjumpa dengan Nur Misuari, dia sering berkata BN (Barisan Nasional) akan hilang… bukan kalah. Hilang Sabah… Jadi, apa yang dimaksudkannya dengan hilang?


“Apakah Sabah akan ‘terlepas’ dari negara kita atau cuma BN saja yang kalah? Cara dia bercakap ini memang nampak dia cuba untuk putar belit bagi mendapatkan sesuatu untuk dirinya,”


“Dia pernah berjanji dengan (rakyat) Sabah untuk menyemak segala tuntutan termasuk bagi 10 peratus (royalti) minyak kepada Sabah. Macam-macamlah. Tapi semua ini janji. Apa yang boleh dilakukannya saya tak yakinlah,”

“Kononnya warak, kononnya boleh (kendalikan) usrah tapi buat kerja yang tak boleh diterima oleh orang Islam,”


Sumber dari : Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad #fb

SEMANGAT TUKAR!! BO LA WEI..


"10 BATALION BERTEMBUNG #SKT2013 TUMPAT"





LAHAD DATU INFO

"Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf pemerintah Filipina ialah Ismael Kiram I pada 1974. Selepas kematiannya pemerintah Filipina enggan mengiktiraf sultan-sultan seterusnya walaupun mereka ditaati oleh penduduk setempat."


Artikel Penuh: KOSMO