Tuesday, 12 March 2013

PERPADUAN UMNO  KELANTAN TENTUKAN BN MENANG PRU13

Dato Wan Johani
Angin perubahan dikalangan rakyat negeri Kelantan sememangnya telah membuak-buak hanya menunggu masa semboyan Pilihan Raya Umum ke 13 dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meniup wiselnya.

Bagaimanapun rata-rata pemimpin masyarakat setempat berpendapat pucuk pimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed perlu menumpukan pada pemilihan calon yang benar-benar 'winnerable candidate' dan disenangi rakyat setempat.

Menurut mereka yang ditemui mengharapkan sangat Datuk Seri Mustapa boleh mempastikan calon berwibawa ditonjolkan, membuat 'roadshow' ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berbincang dari hati ke hati dengan pemimpin UMNO Bahagian empat peringkat bagi memberi mandat supaya perpaduan dapat dihayati demi kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.




Agendadaily yang hadir dalam tiga perjumpaan pemimpin-pemimpin masyarakat, UMNO dan sahabat-sahabat dengan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tumpat Datuk Wan Johani Wan Husin di tiga DUN dalam kawasan Parlimen Tumpat mendapat pandangan positif.

Datuk Wan Johani yang ditemui memberitahu rakyat Kelantan sememangnya sudah mahu menerima semula BN tetapi elemen penting dalam PRU kali ini adalah saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang menekankan 'winnerable candidate' dan mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat setempat serta dikenali sekurang-kurangnya dikalangan ahli-ahli UMNO.


Cikgu Sanusi

Ditanya kehadirannya berjumpa dengan pemimpin-pemimpin, jentera parti dan sahabat-sahabat, Wan Johani berkata, “saya orang Tumpat, saya pernah jadi Ketua Penerangan dan Bendahari UMNO Bahagian Tumpat dan pernah menjadi calon BN di DUN Kelaboran pada 2004 maka kehadiran saya adalah untuk membantu jentera parti.”

“Saya mahu melihat BN menang besar di Kelantan khususnya di kawasan Parlimen Tumpat, saya mahu membantu pucuk pimpinan UMNO Bahagian Tumpat merampas semua DUN-DUN di sini,” katanya.



Mengulas soal calon, Wan Johani berkata, “itu hak Datuk Haji Noorzahidi (Ketua UMNO Bahagian Tumpat) selaku pucuk pimpinan yang dipilih oleh kita sebagai ahli UMNO menentukan dan diperbincangkan dengan Datuk Pa”.

“Saya sebagai perjuang parti mahu membantu pimpinan UMNO Tumpat memenangkan semua kerusi DUN Pasir Pekan, DUN Wakaf Bharu, DUN Kelaboran dan DUN Pengkalan Kubor,” katanya.


Cikgu Hasmy

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat Akbar Che Ali berkata, “perpaduan dalaman parti adalah asas utama untuk BN menang dalam PRU akan datang kerana sekiranya masih ada lagi cantas mencantas sebab tidak setuju dengan calon pilihan parti, sampaibila pun kita tidak akan menang.”

Katanya, “ianya bukan sahaja di kawasan Tumpat sahaja malah seluruh negeri Kelantan, ianya perlu ditangani oleh pucuk pimpinan Badan Perhubungan UMNO Kelantan dengan kerjasama pemimpin pemimpin UMNO Bahagian”.



Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagin Tumpat Mohd Hasmy Hashim berpendapat langkah-langkah tegas amat perlu diambil oleh Datuk Pa selaku pemimpin UMNO Negeri ini dan sekarang adalah masa kecederaan.

“Kami sebenarnya begitu mengharapkan sentuhan Datuk Pa untuk menyuntik semangat dan menentukan halatuju sebaik mungkin bagi menghdapi PRU kali ini, jangan biarkan kami berada dalam kegelisahan, Datuk Pa mesti turun berjumpa dan memberi mandat,” tambahnya.



Sanusi Sidek yang bertugas sebagai guru berkata, “saya berkeyakinan UMNO/BN Tumpat akan menang besar sekiranya perpaduan dalaman parti itu terus diperkukuhkan melalui usaha berbaik sangka pucuk pimpinan UMNO dengan rantaian ahli-ahli di akar umbi.”

Menurut Sanusi, “pemimpin atasan UMNO di Tumpat perlu mengenepikan soal titik bengit, persepsi buruk sesama sendiri dan salah sangka terhadap aktiviti memartabatkan parti demi kelangsungan perjuangan UMNO”.



“Kita mesti bekerja bersama-sama, kita mesti memikirkan kemenangan parti dahulu dalam PRU ini, soal pemilihan dalaman parti tidak seharusnya dibangkitkan sekarang kerana ianya akan membawa perpecahan semata-mata.”

Dalam perjumpaan dengan pemimpin, jentera parti dan sahabat-sahabat di DUN Kelaboran malam Sabtu, Datuk Wan Johani ketika memberi ucapan menegaskan semua pihak harus merapatkan saf bersama pucuk pimpinan UMNO Bahagian Tumpat dan mengekalkan perpaduan demi kemenangan.


Cikgu Albab

Menurutnya, “pucuk pimpinan UMNO (Datuk Seri Najib) akhirnya akan melaksanakan tanggungjawabnya memuktamatkan calon-calon maka peranan kita sebagai jentera parti adalah bekerja bersungguh-sungguh untuk menangkan BN sekiranya kita sayangkan Datuk Seri Najib sebagai pemimpin kita.”

“Di Tumpat, Datuk Noorzahidi adalah pemimpin yang mesti diberi kemenangan besar dalam PRU kali ini sekiranya beliau terus diberi peluang bettanding di kerusi DUN mahupun Parlimen,” tambahnya.

Dalam Parlimen Tumpat terdapat 91,642 pengundi berdaftar dengan empat kawasan DUN. Mengikut pecahan DUN Pasir Pekan terdapat 24,563 pengundi, DUN Wakaf Bharu mempunyai 23,194 pengundi, DUN Kelaboran terdapat 20,296 pengundi dan DUN Pengkalan Kubor mempunyai 23,589 pengundi.



Penyelaras-penyelaras DUN terdiri dari Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tumpat Nik Noriza Nik Salleh bagi DUN Pasir Pekan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tumpat Datuk Rosdi Aziz untuk DUN Wakaf Bharu, Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat Wan Hanapi Wan Yakcub ditugas menyelaras DUN Kelaboran dan Ketua UMNO Bahagian Tumpat Datuk Noorzahidi Omar selaku Penyelaras DUN Pengkalan Kubor manakala Penyelaras Parlimen Tumpat oleh Setiausaha UMNO Bahagian Tumpat Ariffin Ismail.

Dalam PRU12, Datuk Noorzahidi berjaya mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor manakala tiga DUN termasuk kawasan Parlimen Tumpat BN kalah.

SUMBER DARI : Agendadaily




No comments:

Post a Comment