Sunday, 20 January 2013

PM DAH TAWAR MACAM-MACAM...APA LAGI RAKYAT KELANTAN MAHU



Apa lagi yang rakyat Kelantan mahu demi masa depan negeri itu sekiranya tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak disambut sebaik mungkin pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

Lawatan Najib kali ini dikatakan cukup bermakna malah memberi kesan positif bila lebih 50,000 orang hadir pada perasmian 'Program Jelajah Janji Ditepati' yang berlangsung di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan, Tunjung. Kota Bharu, pagi Ahad.


PM UMUM 7 JANJI UNTUK KELANTAN...TERMASUK BINA LEBUHRAYA KOTA BHARU-KUALA KRAI


Datuk Seri Najib Tun Razak dan Nik Aziz

Kelantan ' bergegar' Ahad ketika Datuk Seri Najib Tun Razak turun  untuk lawatan sehari.

Ini bila Perdana Menteri umum TUJUH janji besar dalam ucapannya beliau di depan kira-kira 50,000 yang melimpah di UTC Kota Bharu semasa program Jelajah Janji Ditepati di situ.
Janji-janji berkenaan bukan kecik anak tetapi boleh merubah suasana negeri itu yang masih malap setelah diperintah lebih 20 tahun dibawah kerajaan negeri PAS.

NIK AZIZ SETUJU SYOR TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyambut baik langkah desakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menjalankan siasatan secara terperinci mengenai tanah membabitkan dua pemimpin DAP Perak.
Beliau sebelum itu mengesahkan pegawainya sudah menyerahkan fail tanah membabitkan dua pemimpin DAP Perak itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).