Saturday, 23 March 2013

PAS KELANTAN ALAT KAPITALIS TINDAS RAKYAT MISKIN



Sejak beberapa tahun lepas bagaikan sudah menjadi pemandangan biasa di Kelantan apabila sering kali wujud protes dan bantahan rakyatnya terhadap kegagalan Kerajaan Negeri menguruskan hak milik tanah di negeri ini.

Friday, 22 March 2013

PERUNTUKAN 100 RIBU BAIK PULIH MASJID GEMANG


Tinjauan Datuk Mustapa Mohamed keadaan Masjid Gemang yang telah siap dibaik pulih. Kini masjid itu telah siap lengkap dengan ruang tamu dan pejabat. 

Penduduk Kampung Gemang amat berterima kasih kepada Tok Pa yang sentiasa memberi perhatian untuk penambahbaikan masjid itu. 


AJK Masjid, Abg Noh bertemu Tok Pa untuk mengucapkan terima kasih bagi peruntukan RM100 ribu untuk baik pulih masjid


TOK PA BERAMAH MESRA BERSAMA ANAK-ANAK MUDA KELANTAN.


22 MAC 2013: 

Anak muda di kelantan telah bersedia untuk mengahadapi PRU13 kali ini dengan sokongan penuh kepada Kerajaan Barisan Nasional. 

mulut tajam: 
Berapi Pok Nik tengok gambar ni.... Bo La Wei....  TUKAR!!!!!!

HINA POLIS OLEH MAHASISWA. CHIT!!! MAHASEWEL ADA LAA...


Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siap Buat Muka Bangga Lagi Tu... Hish!!!

BREAKING NEWS! HOT2 DEMO CINA MELAYU BERTEMBUNG DI KOMTAR


Hari ini selepas solat Jumaat 2 demo bertembung di Komtar.Gabungan NGO Islam Pulau Pinang telah membuat bantahan mengenai keceluparan Lim Guan Eng yang menuntut agar nama Allah digunakan didalam Kitab Bible.200 orang daripada NGO Gabungan Islam berarak dari Masjid Simpang 6 sebaik saja selesai bersolat Jumaat dan terus ke Bangunan Komtar.

RAFIZI RAMLI TERLEPAS CAKAP RAHSIA GELAP ANWAR IBRAHIM TERBONGKAR KERANA PROJEK IC DIKAITKAN DENGAN TUN MAHATHIR


Mari pakat baco ni. Baco dgn jelujur dari atas sampai bowoh. Jgn baco sekerat-sekerat. 

Thursday, 21 March 2013

ANWAR SAMAN, PAPA GOMO NAIK VIDEO



Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap pengendali blog papagomo.com, bersabit video seks terbaru yang memaparkan seorang lelaki yang menyerupai wajahnya sedang melakukan hubungan 'intim' dengan pasangan lelakinya. 

RM 100 JUTA - DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA PERILAKU ANWAR IBRAHIM DIDEDAHKAN





Gomo seorang yang berugama Islam dan masih lagi tahu adap-adap dalam menyampaikan kebenaran buat rakyat Malaysia. Walaupun ramai pihak pembangkang menyatakan Papa Gomo ini seorang yang jahil dan sebagainya namun Gomo hari ini dengan jelas nak menyatakan bahawa dalam diri Gomo ini masih ada lagi perasaan kasihan terutama pada keluarga Dato Sri Anwar Bin Ibrahim.

Saksi video dibawah ini dan anda boleh nilaikan sendiri apakah lelaki dalam video tersebut Anwar Ibrahim calon yang kononnya nak menjadi Perdana Menteri ataupun sebaliknya. Rakaman asal BERWARNA dan AUDIO yang jelas untuk tatapan rakyat Malaysia.



SHAZRYL DITAWARKAN WANG YANG BANYAK UNTUK NAFIKAN VIDEO ANWAR DAN CHINADOLL


Tan Sri Abdul Rahim Thambly Chik mendakwa ada pihak-pihak yang sedang mendesak dan cuba merasuah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay.

Wednesday, 20 March 2013

PAS DALANG DISEBALIK 'ASAL BUKAN DALI' (ABD)



KOTA BHARU - Propaganda busuk Pas dan lidah rasminya, Harakahdaily.net untuk mengkucar-kacirkan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa akhirnya terbongkar pada malam tadi.

PAS SOKONG KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH???




Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan ketetapan PAS menarik diri dari terus menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible versi Bahasa Melayu.

LIHAT TOK PA DI TV3 JAM 11 MALAM INI...


Adik kakok yang ada kelapangan, jangan lupa untuk malam ini di TV 3, jam 11malam ini, YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama Dato' Ahmad Talib menjadi tetamu Program Soal Jawab TV3 denga tajuk Gelombang Merah..
Adik kakok, kalau ada kelapangan boleh pakat tengok dan dengar..
InShaAllah..

ANWAR IBRAHIM BERTANDING DI GOPENG?


Setelah Kit Siang lari dari Ipoh  Timur membawa rekod buruk perkhidmatannya selama dua penggal di sana, kini Ipoh Timur menjadi rebutan antara Nga dan Ngeh, dua bersaudara yang pernah membonekakan PAS satu ketika dahulu melalui Nizar Jamaluddin.

EKSKLUSIF! 4 KALI DITANYA TENTANG HOMOSEKSUAL & BISEKSUAL TAPI APAKAH JAWAPAN ANWAR IBRAHIM?


Jika anda ditanya satu soalan yang sangat mudah iaitu sama ada anda Homoseksual atau Biseksual, hanya dua jawapan sahaja yang mahu kita dengar : YA atau TIDAK.

KLIK BACA LAGI UNTUK LIHAT VIDEO!!!

Monday, 18 March 2013

RAKYAT KELANTAN TERHARU PM NAJIB RAZAK TEPATI JANJI..




KOTA BHARU - Sebanyak 20,000 borang permohonan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu habis diedarkan dalam masa beberapa minit sahaja, membuktikan rakyat negeri ini amat memerlukan kemudahan itu untuk keselesaan keluarga masing-masing.

VIDEO YANG PASTI MEMBUATKAN ANWAR IBRAHIM PANAS !!!



NAJIB PERSOAL AGENDA PAS BERHUBUNG 'SYAHID DUNIA'



PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoal agenda di sebalik Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyifatkan  anggota dan pegawai keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'syahid dunia'.
Beliau berkata kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang pada 6 Mac.
Perdana menteri berkata Jawatankausa Fatwa telah menyatakan anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Sabah tergolong dalam 'syahid akhirat' kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.
“Yang kita rasa kesal, tentang mati syahid pun nak dipolitikkan. Nak bercanggah pula dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa. Apakah agenda sebenar pihak pembangkang? Seorang dalam kalangan pemimpin pembangkang yang mulut celupar mendakwa itu sebuah sandiwara kerajaan pimpinan Umno.
“Ini bukan masanya untuk kita menjadikan soal begitu serius yang melibatkan kedaulatan negara, nyawa pasukan keselamatan, maruah negara sebagai bahan politik untuk ditendang ke sana sini mengikut nafsu politik masing-masing,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada calon program khas haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1MDB di sini hari ini.
Najib juga menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menunjukkan kesetiaan kepada negara.
Sementara itu,  Najib berkata kerajaan mengamalkan konsep wasatiyyah dalam mencari penyelesaian apabila berdepan dengan isu pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.
Pertama, beliau berkata kerajaan tidak bertindak terburu-buru kerana mahu mengelak berlakunya pertumpahan darah.
“Kalau boleh selesai dengan baik, lebih-lebih lagi antara orang Islam dengan orang Islam, meskipun mereka ceroboh masuk ke negara kita dengan senjata tetapi kita memberi peluang kepada mereka demi tidak ingin melihat ada orang yang terkorban dan akhirnya pertumpahan darah pasti akan berlaku.
“Sebaliknya apabila peluang ini diberikan tidak dibalas dan kita pula puak yg diperangi oleh mereka dan kita dianiaya oleh mereka, maka pada masa itu wajib kita tentang mereka.
“Ini selaras dengan hukum-hukum dalam Islam setelah kita memberi peluang  untuk mencari jalan kedamaian tetapi pihak yang berkenaan mengisytiharkan perang terhadap kita. Maka, wajib bagi kita mempertahan nyawa, harta, tanah dan negara kita.
“Ini prisnip Islam yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun,” katanya. - Bernama

GURU ANJING DIGANTUNG PERKHIDMATAN

"Guru hina pasukan keselamatan digantung perkhidmatan mulai semalam" - Pengarah Pelajaran Kelantan.


Seorang mamat yang bernama Mohd Lotfi yang sebelum ini didedahkan sikap kurang ajarnya telah pun dikenakan tindakan oleh jabatan. Satu kenyataan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Kelantan menyebut gutu terbabit telah digantung perkhidmatan bermula semalam.

17 MAC 2013: GAMBAR 30 RIBU SAMBUT PM DI MERU.. << KLIK UTK LIHAT GAMBAR.

JENAZAH SUKAR DI MANDIKAN DI KELANTAN !! NIK AZIZ BUAT TAK TAU..??


Lagi masalah jenazah lambat diuruskan akibat masalah ketiadaan bekalan air di daerah ini.

Terbaharu, penduduk Kampung Atas Kok di sini yang mengalami masalah ketiadaan bekalan air sejak empat tahun lalu, mengalami kesulitan untuk menguruskan jenazah seorang warga emas yang meninggal dunia kira-kira pukul 9.30 malam tadi.


Masalah bekalan air memaksa waris warga emas terbabit terpaksa menadah air bersih selama dua jam sambil dibantu kira-kira sepuluh orang penduduk kampung yang memunggah air bagi membolehkan urusan pengebumian jenazah dapat disegerakan.

Kesulitan itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah Mohd. Ramli Awang, 58, yang meninggal dunia akibat serangan jantung tertangguh beberapa jam sebelum selamat dikebumikan pada pukul 11.30 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bunohan dekat sini.

Menurut anak Allahyarham, Nur Amira, 21, penduduk kampung terpaksa memecahkan meter air di halaman rumah untuk mendapatkan air bersih bagi memandikan jenazah ayahnya itu.

"Paip di atas rumah langsung tidak keluar air bersih kerana masalah ganguan air tekanan rendah yang sudah berlarutan lima tahun lamanya di kampung ini.

"Betapa sukarnya kami nak mandikan jenazah, takkan nak gunakan air dari parit yang digunakan kami setiap hari untuk mandi dan membasuh untuk memandikan jenazah ayah saya ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
- UO

VIDEO- NIK AZIZ : "KALAU ANWAR TU LIWAT SEKALIPUN DAH DIA TU CERDIK, TERIMA DIALAH"

Berhubung isu penyebaran gambar hubungan seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kaum sejenisnya, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan ianya berlaku, namun Nik Aziz tidak bersetuju serangan berbentuk peribadi dilakukan keatas Anwar sebaliknya mengalukan berlawan politik dengan berhujah.

"Anwar budak cerdik, Anwar ni budak cerdik, payah kalau Umno tak singkir dia, ni cara pemimpin Umno dia semata-mata, kita orang politik ni mesti kita lawan hujah, bukan lawan peribadi, kalau Anwar tu tempang sekalipun dah dia tu cerdik, terima dialah".

Bagaimanapun tanpa disedari Nik Aziz mula menerima kenyataan dimana Anwar seorang homoseksual, biarpun penerimaan itu tidak dinyatakan secara jelas, tapi ia sudah cukup dengan memberi perumpamaan "kalau Anwar tu tempang sekalipun dah dia tu cerdik, terima dialah".

Inilah yang dikatakan politik melangkaui serban, biarpun melakukan perkara yang tidak betul, tapi disebabkan pakai serban, perkara yang tidak betul tadi menjadi betul. Anda Mampu Mengubahnya.

KILK UNTUK VIDEO
SUMBER


ISU PTPTN: BILA NUAR KUAT MAKAN SEMUT!!!

"Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan cadangan Anwar untuk memansuhkan PTPTN adalah sandiwara semata-mata kerana menurut pengendali blog RBF Online, hakikatnya Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997."



Halamak!!! Apa pasal la Si Ketua Penipu ni banyak sangat makan Semut ni. Nanti habis la keturunan Semut kat dunia ni. Macam mana Semut nak balun puak Pakatan nanti?

Jangan salah sangka. Itu semua hanya satu perumpamaan sahaja. Kata orang tua - tua, banyak makan Semut ni, nanti orang tu jadi pelupa.


Maka, Si Ketua Penipu tu pun mungkin la dah makan banyak sangat Semut bila dia lupa pasal isu PTPTN ni seperti mana yang didedahkan oleh Tun Mahathir.

Tapi nak buat macam mana ye tak. Orang yang GILA KUASA macam Si Ketua Penipu tu memang suka buat kerja yang bukan - bukan. Rasanya bukan setakat semut je yang dia makan. Semua benda pun dia balun jugak. Bukan kira Halal dan Haram!!!

SINTOK - Tiada pelajaran percuma bagi pengajian di institusi pengajian tinggi di negara ini seperti mana yang boleh diperoleh di negara-negara maju lain, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percuma...Kita boleh mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), tapi orang yang minta mansuh sahaja terlibat.

"Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan pinjaman PTPTN jika dilantik menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum nanti. 

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pelupa kerana PTPTN ditubuhkan pada 1997 dan ketika itu Ketua Pembangkang berkenaan merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

"Itulah Anwar... dia sendiri tak tau apa yang dia fikir, dia lupa," kata Dr Mahathir tanpa mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.
Menurut blog itu, pada 1997, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir telah mengambil cuti dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Sunday, 17 March 2013

SEKITAR CERAMAH BARISAN NASIONAL DI KOK MAJID PADA 15 MAC 2013


Amat membanggakan di penuhi lebih 3,000 masyarakat setempat..TUKAR!!




STP: TUA MUDO TOK SIR KE PAS BLAKO DOH!!


FEB 25, 2013: SELAMAT TINGGAL PAS - MARANG, TERENGGANU.

MARCH 17, 2013: SELAMAT TINGGAL PAS - RANTAU PANJANG, KELANTAN.

RANTAU PANJANG  - Hampir 40 penyokong tegar Pas dari Kampung Kiat dekat sini, bertindak menyertai UMNO selepas kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan yang disifatkan terlalu berpolitik berbanding menjaga kepentingan rakyat.
Borang permohonan keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.
Seorang penyokong Pas, Yazid Salleh, 41, berkata, dia berasa kecewa terhadap pemimpin parti itu sehingga mendorongnya untuk menyertai UMNO.
“Kita tidak pernah meminta lebih-lebih daripada Pas. Tapi sebagai kerajaan yang diberi amanah, mereka sepatutnya faham keadaan serta kedudukan rakyat di bawah.
“Kami amat kecewa setelah 22 tahun memerintah Pas dilihat seolah-olah mementing kepentingan politik parti berbanding rakyat,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Yazid yang mewakili kumpulan berkenaan menyerah borang permohonan menyertai UMNO mendakwa, mereka tidak pernah mendapat apa-apa manfaat daripada kerajaan Pas negeri meskipun sebelum ini memberi sokongan penuh kepada parti itu.
Dakwanya, perjuangan Pas jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengutamakan rakyat walaupun hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini.
“UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun mereka tahu bahawa kami ini adalah penyokong tegar Pas,” katanya.
Sementara itu, Abdullah menafi sekeras-kerasnya dakwaan kononnya siri penyertaan penyokong Pas ke dalam UMNO yang berlaku di bahagian Rantau Panjang hanya gimik politik membabitkan orang Thailand dan penyokong asal UMNO.
“Laporan dan dakwaan itu sebenarnya tidak benar belaka. Ia dibuat semata-mata bagi menutup keresahan mereka berikutan gelombang kebangkitan rakyat di Rantau Panjang ini semakin terserlah menyokong UMNO.
“Kita memang meneliti maklumat sebenar sebelum menerima (permohonan keahlian) mereka,” katanya. – UTUSAN

OSTAZAH ABBY MEROYAN LAGI

Bodoh dan dangkal betul la si janda twitter nie,dah habis modal ke nak maki hamun UMNO/BN sampaikan terpaksa memburukkan nama Tun Dr Mahathir yang membuat lawatan khas ke Lahad Datu untuk meninjau dan melawat anggota keselamatan yang bertugas disana.Sekurang-kurangnya,kehadiran Tun. Dr. Mahathir dapat juga menaikkan semangat anggota polis dan tentera kita disana untuk terus berjuang habis-habisan 
membanteras pengganas Sulu.



Nampaknya,kehadiran si Ostazah PAS ini ke dalam politik membuatkan dirinya lebih dibenci lagi rakyat kerana berani menyentuh negarawan hebat seperti Tun yang sangat dihormati tidak kira penyokong BN mahupun pembangkang.Apa sumbangan Abby ??Tun Dr. Mahathir pergi melawat ke Lahad Datu pun nak jadi isu,meroyan sungguh janda nie,mulut lancang betul.Kalau dah tak ada sumbangan tue,diam sahaja la daripada memalukan diri sendiri.

Disaat rakyat Malaysia khususnya anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi Lahad Datu ini masih berduka akan kematian beberapa wirawan negara,si Abby ini cuba menunjukkan kebodohannya seperti ini.Rasanya,kalau kedua-dua ibu bapa Abby baca apa yang dia tulis ini,pasti menitis air mata dan terkilan melihat betapa kurang ajar anaknya ini kepada negarawan seperti Tun Dr. Mahathir

Sepatutnya,ketika ini kita banyakkan berdoa dan solat hajat kepada anggota-anggota keselamatan kita disana agar selamat dan keamanan negara dapat dipulihkan dengan segera.Jangan jadi seperti Ostazah ini yang sanggup memalukan dirinya sendiri.Kita seharusnya menyokong segala usaha kerajaan untuk memastikan keamanan negara dipulihkan.Kepada Ostazah Abby,bawa-bawa bertaubat,sampai bila nak tweet benda-benda yang buat dosa nie,buat orang bertambah benci sahaja.


Sumber

HOT : HARUN TAIB KECEWA BILA PKR JAJA NAMANYA UNTUK TEPIS ISU GAY...


Anwar Nak Bersumpah Laknat Malam Nie...

MSG INI DIKESAN DISEBARKAN KPD AHLI2 PAS KL/SELANGOR.

ANWAR CUBA BERSIHKAN IMEJ GUNA NAMA ULAMA PAS. 1 LAGI BUKTI PAS JADI TUKANG CUCI NAJIS ANWAR...
Fitnah liwat III-satu majlis tahlil &solat hajat yg akan dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib akan diadakan di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim,Bukit Segambut bermula jam 7 malam ini (ahad).
Majlis dimulakan dgn solat maghrib, solat hajat, bacaan yasin & solat isyak. Sebarkan kepada ahli2 PAS WPKL & Selangor agar dapat hadir beramai.Marilah kita sama2 menolak fitnah jahat umno/bn...
sumber: http://darulehsantoday.blogspot.com/


Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Dato' Harun Taib sebentar tadi menafikan akan memimpin majlis solat hajat tolak fitnah liwat III di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Harun ketika dihubungi wartawan sebentar tadi kesal dengan tindakan PKR menggunakan namanya tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu.

Ketika ditanya tentang gambar-gambar yang tersebar di blog-blog politik tempatan yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Harun berkata beliau mengakui telah ditunjukkan gambar-gambar itu dan akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Dewan Ulama Pas Pusat. 

Ketika ditanya samada beliau yakin lelaki dalam gambar tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,Harun terdiam seketika dan kemudiannya berkata kita dah bosan dengan cerita-cerita moral Anwar dan perkara itu membuang masa serta mengganggu kelancaran misi Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. 

Harun berharap kali ini PAS dapat membuat satu keputusan yang muktamad kerana tidak banyak lagi masa yang tinggal untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13.

edit by: ::tumpatnews::

VIDEO SEKS ANWAR vs FITNAH JIJIK UMNO??

INFO 1: Sekali lagi Raja Goyang Anwar Ibrahim ter'kantoi' dek klip video yang telah dikeluarkan oleh blogger rajagoyang.blogspot.com


INFO 2: Petang Sabtu Agendadaily berusaha untuk mendapat reaksi dari mulut Anwar sendiri.

Peluang ini terbuka bila mendapat khabar beliau akan menghadiri satu forum di sebuah hotel di Bandar Utama dekat Kuala Lumpur.

Namun bila tiba di situ wartawan dan jurugambar Agendadaily tidak dibenarkan masuk dengar forum berkenaan.
Sebaliknya wartawan Malaysiakini dan Keadilan Daily dibenar masuk.
Rupanya semasa forum berkenaan Anwar ada menyentuh mengenai pendedahan di laman blog itu.
Apapun tunggu punya tunggu setelah lebih sejam lamanya,Anwar keluar hendak pulang.
Bersama tiga wartawan lain,Agendadaily cuba ambush Anwar untuk minta komen mengenainya.
Asalnya Anwar buat muka kering tidak mahu layan.Ini sehinggalah wartawan Agendadaily kata padanya " tak kan nak tanya pun tak boleh".
Anwar lantas jawab 'ini fitnah jijik UMNO menjelang pilihanraya'.
Ditanya samaada beliau akan ambil tindakan undang-undang,Anwar kata tidak pasti dan akan serah kepada peguamnya untuk menanganinya.
Wartawan Malaysiakini yang dapat masuk forum anjuran Anwar Ibrahim Club itu melaporkan Anwar antara lain kata dulu (video seks China Doll) perutnya buncit sikit tetapi sekarang nampak muscular.


mulut tajam: Lepas nie kalau kantoi video lagi...Anwar bilang " perut tak boroi..!!". Semua pun perut~~~!

::tumpatnews::
Sumber : Agendadaily

NAJIB: 7 DOSA BESAR PEMBANGKANG TERHADAP RAKYAT DAN UMAT ISLAM

"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," Perdana Menteri Datuk Seri Najib di Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 pada 15 Mac 2013.

  
" Kita mahukan TRANSFORMASI bukan REFOMASI. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat," 

"BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat,"

"Satu ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa kepada negara,"
 
"Dan oleh itu yakinlah kepada BN,"


Perdana Menteri menggariskan, antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.
 
"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.
 
Turut hadir Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut.
::tumpatnews::