Wednesday, 20 March 2013

PAS SOKONG KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH???




Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan ketetapan PAS menarik diri dari terus menyokong penggunaan kalimah Allah dalam bible versi Bahasa Melayu.

Maknanya kenyataan bersama Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang pada 8 Januari lepas bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan telah jadi satu KETETAPAN Pakatan Pembangkang termasuk PAS.

Ramai yang tertanya-tanya samada ahli-ahli PAS juga sudah bersetuju dengan pendirian Presiden parti itu walaupun Dewan Ulama PAS menolaknya.

Timbul juga persoalan pendirian Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib yang menolak penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam tidak harus dibenarkan sebagai suatu kenyataan kosong dan tidak diambil kira oleh parti PAS.

Banyak anggota akar umbi parti gabungan pembangkang bingung dan mempersoalkan kesepakatan yang kononnya utuh yang dicapai PAS, PKR dan DAP.

Kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Karpal Singh yang bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah Allah dalam bible versi Bahasa Melayu semacam tiada apa-apa yang hendak dibantah oleh ahli-ahli PAS dan PKR hanya nelihat serta tersenyum saja.

Maka ahli-ahli PAS mestilah bersetuju dengan pendirian bos mereka Hadi Awang yang bersama dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim pada 8 Januari lepas bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian.

Pemerhati politik berpendapat PAS hanyalah parti serpihan yang boleh dipergunakan untuk kepentingan semasa PRU13 sahaja dan sekiranya gagal mendatang manfaat pada PKR dan DAP nanti, parti itu hanya terus dicucuk hidung.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-82 yang bersidang pada Mei 2008 memutuskan lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama lain.

Juga menjadi tandatanya pendirian Dr. Harun Din dan Harun Taib sebelum ini sudah tidak berkokok lagi dan dianggap terima saja apa yang sudah dikatakan. Ini bermakna pendirian 8 Januari itu pun diterima dan keputusan Majlis Syura PAS pun terimalah juga.

Lantaran itu semua ahli PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bible bahasa Melayu kristian. Kemanakah perjuangan Islam PAS???



::tumpat news::

No comments:

Post a Comment