Sunday, 20 January 2013

PM UMUM 7 JANJI UNTUK KELANTAN...TERMASUK BINA LEBUHRAYA KOTA BHARU-KUALA KRAI


Datuk Seri Najib Tun Razak dan Nik Aziz

Kelantan ' bergegar' Ahad ketika Datuk Seri Najib Tun Razak turun  untuk lawatan sehari.

Ini bila Perdana Menteri umum TUJUH janji besar dalam ucapannya beliau di depan kira-kira 50,000 yang melimpah di UTC Kota Bharu semasa program Jelajah Janji Ditepati di situ.
Janji-janji berkenaan bukan kecik anak tetapi boleh merubah suasana negeri itu yang masih malap setelah diperintah lebih 20 tahun dibawah kerajaan negeri PAS.


Ketika kerajaan negeri terkial-kial konon nak bina Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai melalui kutipan derma rakyat,Najib kata kerajaan pusat akan bina lebuhraya berkenaan.
Khabar gembira kedua ialah janji beliau nak bina sebuah stadium baru yang canggih dan moden - berbanding stadium Sultan Mohamad Kota Bharu yang usang dan ketinggalan zaman.
Rungutan pasal isu air tak bersih yang sudah lama bergema di negeri itu,Najib janji kerajaan pusat akan selesaikan masalah itu.
Keempat,kerajaan pusat akan bina 3,000 unit perumahan rakyat dan mampu milik.Ini baru jumlah permulaan saja dan akan bertambah dari masa ke semasa.
Untuk menyemarakan lagi bidang pendidikan tinggi,kerajaan pusat akan bina sebuah kampus baru Uitm di negeri itu yang boleh menampung 5,000 pelajar.
Ketujuh,bagi pengangkutan awam,kemudahan bas Rapid seperti yang kini ada di Kuala Lumpur,Pulau Pinang dan Kuantan akan diadakan di Kota Bharu.
Dan kelapan...jika mendapat restu Sultan Kelantan,kerajaan pusat akan bina sebuah masjid baru yang terbesar di negeri itu.Kata Perdana Menteri kos bina masjid itu sekurang-kurangnya RM50 juta.
Sementara itu mengenai isu royalti minyak yang kebelakangan ini dimainkan oleh kerajaan negeri dan pembangkang untuk hangatkan sentimen tentang BN,Najib membayangkan ia akan beres tidak lama lagi.
Katanya Jawankuasa Khas mengenai royalti akan umum keputusan tidak lama lagi.
Menurut Najib selama ini pendesak isu royalti itu hanya mengemukakan tuntutan tetapi tidak menghuraikan asas mereka secara terperinci.
Beliau memberi jaminan kerajaan pusat tidak akan tipu walaupun  satu sen pun dalam pembahagian royalti baik kepada Kelantan teetapi juga pada Terengganu dan Pahang.
- TUMPAT NEWS

No comments:

Post a Comment