Beliau sebelum itu mengesahkan pegawainya sudah menyerahkan fail tanah membabitkan dua pemimpin DAP Perak itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, sebanyak empat atau lima fail diberikan kepada SPRM untuk siasatan.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Kompleks Kota Darulnaim, semalam, mengulas laporan blog baru-baru ini yang mendakwa Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming, ditawarkan tanah lebih 4,000 hektar di Kelantan sebagai balasan menerima Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.
Menurut Nik Aziz, pihaknya terbuka kepada apa jua bentuk siasatan kerana kerajaan negeri sentiasa mengamalkan dasar telus dalam pentadbirannya-7/1/2013
No comments:
Post a Comment