Bahang PRU13 kini mula dirasai semakin hampir setelah teka-teki mengenainya menjadi satu polemik panjang sejak hampir setahun lalu dan desas desus mengatakan ia akan diadakan november ini iaitu selepas sambutan Hari Raya Aidiladha atau selepas para jemaah haji balik ke tanah air.
Lantaran itu ramai yang mempercayai UMNO Tumpat telahpun menyenaraikan ramai nama-nama calon baru untuk dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang kini sedang menjadi spekulasi hangat di Facebook, Twitter, Blog dan dikedai-kedai kopi.
Beberapa nama-nama baru dan lama serta tokoh muda dan tua itu yang akan mewakili kerusi parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipercayai sudahpun dihantar kepada pimpinan tertinggi peringkat negeri dan pusat untuk dipertimbangkan dan penelitian.
Antara nama-nama yang sedang menjadi bualan yang bakal dipilih mengikut Parlimen
dan Dun :
P19 Parlimen Tumpat :-
1.) YB Datuk Haji Noor Zahidi Omar
2.) Prof Dr. Asyraf Wajdi Datuk Dusuki, Pakar Ekonomi Islam
3.) Kadir Yaacub, Pengerusi MTRK Tumpat
4.) Datuk Wan Johanis
5.) Cik Hussain Che Soh, Pegawai PPD Tumpat
6.) Cik Akhbar Cik Ali
7.) Zulkarnain Che Zakaria
8.) Sukri Harun, Bekas AJK Pemuda dan sekarang Pensyarah OUM
Dun Pengkalan Kubur :-
1.) YB Datuk Haji Noor Zahidi Omar (Penyadang)
2.) Prof Dr Asyraf Wajdi Datuk Dusuki
3.) Zulkarnain Che Zakaria
4.) Rasidi Kamalruddin Mahmood
Dun Kelaboran :-
1.) Wan Hanapi Wan Yaakob
2.) Sukri Harun
3.) Datuk Ray (Pensyarah UMK)
4.) Kadir Yaacub, Pengerusi MTRK Tumpat
5.) Datuk Wan Johanis
6.) Saudara Rozi (dikenali Rozi laut dalam)
Dun Pasir Pekan :-
1.) Nik Noriza Nik Salleh, Ketua Wanita Tumpat
2.) Saudara Ikbal Cik Ali (Cikgu Gebab)
3.) Haji Kadir Yaacub, Pengerusi MTRK Tumpat
Dun Wakaf Bharu :-
1.) Datuk Haji Mohd Rosdi Ab.Aziz
Mereka ini semuanya anak-anak tempatan yang tidak asing bagi masyarakat sini.
Antara nama-nama tersebut Prof Dr.Asyraf Wajdi Dusuki paling kencang dan disebut akan dipertaruhkan untuk kerusi DUN Pengkalan Kubor bagi menggantikan jika benar bagai didakwa Datuk Noor Zahidi Omar akan bertukar ke p19 parlimen tumpat.
Manakala Nik Noriza Nik Salleh calon wanita yang paling top dan disebut setakat ini untuk mencabar penyandang kerusi DUN Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakub yang juga Timbalan Menteri Besar.
Lewat perkembangan berkaitan, sekiranya benar Noor Zahidi bertukar ke kerusi parlimen, ini bermakna beliau akan berdepan penyandangnya, Datuk Kamaruddin Jaafar yang dijangka akan dicalonkan bagi mempertahankan kerusi tersebut, namun ada juga yang berandainya laluan untuk capai kemenangan tidak sah sepayah mana seandainya semua jentera dan kepimpinan UMNO bersatu dan berpadu. Lagi pun ramai yang mula bercakap serta sedar 3 penggal Kamalruddin menyandang jawatan ahli parlimen tumpat tanpa melakukan sesuatu da jarang-jarang balik bertemu masyarakat ditumpat serta Dun-dun yang diwakili Pas telah hilang kepercayaan rakyat. Sebagai antara contoh dan bukti Program Ceramah yang dihadiri oleh Mat Sabu Timbalan Presiden Pas dan Nik Aziz sendiri di Dun Pasir Pekan dan sekitar tumpat telah tidak mendapat sambutan seperti kebiasaan dan lepas-lepas.
Noor Zahidi telah berjaya mengekalkan kemenangannya selama dua penggal berturut-turut di Dun Pengkalan Kubur dan ia merupakan satu-satunya kerusi dimenangi BN dalam Parlimen Tumpat.
Pada PRU 12 2008, beliau menewaskan calon PKR, Hassan Berahim yang baru meninggal dunia awal tahun ini dengan majoriti 87 undi.
Seandainya benar sebagaimana yang dikata,Perubahan Noor Zahidi ke kerusi Parlimen sesungguhnya tidak akan mengundang kejutan, malah barangkali rekod pandai bergaul,peramah,senang didekati,pemurah,bersihnya pasti mampu menjadi momentum untuk beliau merampas kerusi tersebut dari Pas pada PRU13 ini meskipun sejarah pernah mencatatkan pernah tewas di tangan Datuk Kamaruddin Jaafar pada PRU10 dengan majoriti 10,442 undi.
Pada PRU 12 2008, beliau menewaskan calon PKR, Hassan Berahim yang baru meninggal dunia awal tahun ini dengan majoriti 87 undi.
Seandainya benar sebagaimana yang dikata,Perubahan Noor Zahidi ke kerusi Parlimen sesungguhnya tidak akan mengundang kejutan, malah barangkali rekod pandai bergaul,peramah,senang didekati,pemurah,bersihnya pasti mampu menjadi momentum untuk beliau merampas kerusi tersebut dari Pas pada PRU13 ini meskipun sejarah pernah mencatatkan pernah tewas di tangan Datuk Kamaruddin Jaafar pada PRU10 dengan majoriti 10,442 undi.
Sementara itu, pencalonan Nik Noriza dikatakan akan memberi peluang cerah kepada BN dan UMNO (meskipun dari calon wanita) berdasarkan gerak kerjanya yang dilihat sentiasa konsisten dalam membantu kemantapan parti selama ini.
“Walaupun wanita, namun pilihan itu adalah tepat. Malah dia (Nik Noriza) sememangnya tidak asing dengan masyarakat di sini, dia seorang yang dekat di hati rakyat,” kata sumber berkenaan.
Dalam pada itu bekas calon bagi DUN Wakaf Bharu, Datuk Haji Mohd. Rosdi Abdul Aziz disebut bakal mewakili BN pada PRU ke-13 nanti.
Pada PRU 2008, Mohd Rosdi tewas kepada calon Pas, Che Abdullah Mat Nawi dengan majoriti tipis sebanyak 660 undi.oleh kerana sesuatu yang tidak dijangka seperti faktor thunami pengundi luar mengundi protes oleh kerana hilang percayaan berkaitan kelemahan pucut pimpinan Abdullah Badawi Perdana Menteri pada masa itu.
Seperti DUN Wakaf Bharu disebut sekali lagi bakal mempertaruhkan calon lamanya, iaitu Datuk Haji Mohd Rosdi Ab Aziz bagi berdepan dengan Cik Abdullah Mat Nawi dari Pas.
Pun begitu, di dalam politik calon konsisten serta beramanah sudah semestinya akan menjadi pilihan rakyat, bukannya calon drastik mempamerkan kemesraan; atau dengan kata lain ingin menambat hati pengundi hanya ketika menjelang pilihan raya atau selepas mendapati namanya dicalonkan...
Penulis mohon maaf jika ada tersilap kata dan membuatkan ada yang tersinggung...
SUMBER DARI : Tilik Pikir
Assalam boleh ke Prof Dr Asyraf Wajdi
ReplyDeletejadi tok wakil DUN Kelaboran kerana beliau ni pun tak mesra rakyat tkut jadi serupa Datok K.J. sabit kalah teruk dulu. Maklum dah jadi ore KL.
Pembetulan : 'DUN Pengkalan Kubor'
Delete