Kecaman terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina di Sabah didalangi UMNO, berterusan dengan semakin banyak pihak membuat laporan polis terhadapnya.
Di Kota Bharu, kira-kira 300 ahli Wanita UMNO diketahui Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Rahimah Mahmud membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.
Di Tumpat, lebih 100 ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Tumpat turut berhimpun secara aman di perkarangan Kompleks Perpaduan Tumpat, mengecam kenyataan Ahli Parlimen Batu itu, manakala di Terengganu, 50 ahli Wanita UMNO Dungun membuat laporan di IPD Dungun.
Di Seremban, 31 wakil NGO membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, mengadakan demonstrasi aman serta membakar gambar Tian Chua dan bendera PKR.
Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria, berkata rakyat tidak dapat menerima kenyataan Naib Presiden PKR itu bahawa kematian polis di Lahad Datu dan Semporna sebagai sandiwara.
Presiden Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA) Negeri Sembilan, Mustafa Mohamad, juga bekas tentera, menyifatkan kenyataan Tian Chua satu penghinaan terhadap anggota polis dan berharap semua NGO negara ini bersatu menentang pemimpin PKR itu.
SUMBER DARI : Berita Harian
No comments:
Post a Comment