Dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dinaikkan pangkat kepada Koperal penuh, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Beliau berkata imbuhan untuk kedua-dua ibu bapa Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Ruslan, 21, akan diberi melalui beberapa faedah perkhidmatan.
"Wang bukan boleh mengubati kesedihan kehilangan orang tersayang tapi ia tanpa rasa prihatin daripada Kementerian Pertahanan, warga Angkatan Tentera dan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di Pangkalan TUDM Subang, di sini hari ini. Beliau hadir memberikan penghormatan terakhir apabila jenazah dua wira negara itu diterbangkan ke sini dari Sabah.
Penghormatan terakhir dari PM |
Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu.
Jenazah diusung keluar dari kapal terbang |
Jenazah diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di Kota Baharu pada pukul 8.45 pagi untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing.
Suasana di dalam van jenazah |
Jenazah tiba dirumah keluarganya |
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam.
Jenazah Allahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, tiba di rumah ibu bapanya pada pukul 11.20 pagi di Bayu Lalang di sini dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu .
Mengiringi ketibaan jenazah Allahyarham ialah ahli keluarga beliau, sanak saudara serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Antara yang turut sembahyang jenazah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.
Manakala Ahmad Farhan Ruslan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Desa Darulnaim II, di Pasir Tumboh, Kota Baharu, Kelantan pada pukul 12 tengah hari.
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad |
Antara yang hadir pada pengebumian wira negara itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan pegawai-pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Abdul Latiff kemudian menyerahkan bendera Malaysia yang membaluti keranda kepada bapa Allahyarham.
Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin |
Sementara itu, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata ibu bapa kedua-dua anggota yang terkorban itu akan menerima pencen terbitan kira-kira RM2,500 dan perincian mengenainya akan diumum kemudian.
Beliau berkata mereka juga akan menerima faedah lain secara kumulatif hampir RM170,000 termasuk insurans berkelompok daripada koperasi dan Tabung Angkatan Tentera.
No comments:
Post a Comment