Thursday, 28 March 2013

VIDEO EKSKLUSIF YANG BELUM PERNAH DITONTON OLEH RAKYAT MALAYSIA!


Video di bawah sekaligus telah memalukan parti PAS yang selama ini berbohong tentang isu besar yang pernah berlaku di negara ini.

Video eksklusif ini belum pernah tersiar. Tujuannya ialah untuk menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.

Seperti yang kita tahu, pemimpin pembangkang telah meracuni minda rakyat dengan memperlekeh-lekehkan anggota keselamatan. Yang terbaru ialah tindakkan mereka yang menghina anggota keselamatan yang berjuang di Sabah.

Di antara isu di dalam video PART 1 ini :

1. Menajdi wanita & kanak2 sebagai perisai bahagian hadapan (menyonsang dari prinsip peperangan dalam islam, sepatutnya lelaki di hadapan)

2. Jelas dalam video polis bertindak tenang untuk menyuraikan org kampung, tapi mereka yg mula bertindak aggresif.

3. Kita akan lihat suasana di dalam madrasah Ibrahim Libya yang penuh dengan pengaruh PAS, Syiah di Iran & Muammar Ghadafi dari Libya.

4. Manakala AMANAT HAJI HADI MENJADI SUMBER RUJUKAN PERJUANGAN MEREKA yang turut memecahbelahkan umat Islam dengan sembahyang dua imam dan sebagainya.



5. Yang paling menariknya ialah temubual dengan bapa Ibrahim Libya: Bapanya sangat kecewa kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yg berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi.

Video eksklusif Tragedi Berdarah Memali

Dan segala yang berlaku adalah yang benar-benar berlaku, bukannya seperti rekaan oleh PAS kerana kandungan 'Kertas Putih' telah dibentang & disahkan di Parlimen dengan kehadiran wakil PAS & pembangkang sendiri.

Anda lihat juga 'KERTAS PUTIH MEMALI' http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf 

Dan sehingga ke hari ini, parti PAS masih tidak dapat menjawab persoalan rakyat tentang Tabung Memali. Berapa dan kemanakah perginya tabung tersebut? KLIK SINI

No comments:

Post a Comment