Tuesday, 5 March 2013

PEMIMPIN SAMBUT JENAZAH WIRA



Jenazah Supt Ibrahim Lebar, 52, dan jenazah L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 6.35 petang Isnin disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali.

:: Klik untuk lihat gambar >>

Suasana pangkalan TUDM itu juga dibanjiri para pegawai dan anggota polis berbagai pangkat serta anggota keluarga. Ada diantara mereka tidak dapat menahan kesedihan melihat ketibaan jenazah yang diterbangkan dengan pesawat tentera C-130 dari Sabah.

Turut hadir isteri Sultan Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan turut kelihatan Ketua Wanita Umno
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Jenazah di bawa ke bilik ketibaan untuk diberi penghormatan terakhir. Selepas bacaan doa, jenazah kedua-dua wira negara itu di bawa untuk upacara pengkebumian di kampong masing-masing.

Ibrahim dari Cawangan Khas Bukit Aman dan Mohd Azrul dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau ialah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam kejadian serang hendap oleh kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna kira-kira pukul 8 malam, Sabtu lepas.

Jenazah Ibrahim dibawa ke kediamannya di No.45 Jln USJ 9/5F Subang Jaya dan dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, Subang Jaya malam ini manakala jenazah Mohd Azrul dibawa ke kediaman keluarganya di Lot.6278/2461 Jalan Telok Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang untuk dikebumikan malam ini.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu wartawan di Kompleks TUDM, Perdana Menteri telah memaklumkan pada beliau bahawa wira negara yang terkorban itu dinaikkan pangkat.

PDRM mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan atas kenaikan ini, mudah-mudahan ia dapat meringankan beban keluarga mereka,” lata Khalid yang sebelum itu kelihatan berbincang sesuatu dengan Perdana Menteri di situ.

::tumpat news::

No comments:

Post a Comment