Thursday, 7 March 2013

UPDATE LAHAD DATU: SIDANG AKHBAR PM

"Jangan sesiapa memandang ringan kepada iltizam kerajaan Malaysia untuk menegakkan prinsip bahawa sabah adalah sebahagian daripada wilayah Malaysia selama-lamanya dan tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa sekalipun. Sama ada di dalam mahu pun di luar negara kita, dan kita akan tetap pertahankan prinsip ini, hakikat ini dan kebenaran ini secara mutlak dan sepenuh kekuatan yang ada pada kita," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media Ops Daulat di Lahad Datu petang Khamis.




klik utk gambar ::

Perdana Menteri berjumpa dengan pemimpin Sulu di Tawau dan mereka telah  berikrar kerjasama dengan kerajaan Malaysia.

Presiden Benigno Aquino menghubungi Perdana Menteri dan tanya reaksi Jamalul Kiram mahu gencatan senjata. "Mereka perlu letak senjata tanpa syarat. Senjata harus diserahkan kepada Kerajaan Malaysia," kata Najib.

Perdana Menteri turut menegaskan Kerajaan Malaysia akan melakukan apa saja untuk mempertahankan negeri Sabah dari ancaman luar.  

Wilayah Kudat sehingga ke Tawau di timur Sabah diiktiraf kawasan khas keselamatan (Special Security Area).

Operasi Ops Daulat tetap akan diteruskan sehingga penceroboh meletak senjata dan keluar dari negara ini tanpa sebarang syarat.


::tumpatnews::

No comments:

Post a Comment