Thursday, 28 February 2013

HOT : NIK AZIZ HENTAM ANWAR KERANA CUBA MEMALUKAN HADI AWANG..




Kalau isu Kalimah Allah pun tak boleh nak selesaikan...macam mana PAS boleh kata mereka ni sebuah parti yang memperjuangkan ajaran Islam..Yang bertambah menarik lagi orang yang menandatangan surat menjual Kalimah Allah merupakan seorang ulama yang memengang jawatan Presiden PAS..tak ke haru...

Sebelum ini PAS beriya-iya kata mereka dah berjaya tarbiah DAP mengenai keindahan Islam..keindahan hukum Islam..tapi last-last terbalik pula jadinya...Bukan PAS yang berjaya tarbiah DAP..tetapi DAP yang berjaya kafirkan PAS...

Berpuluh tahun PAS menentang UMNO nak menengakkan Negara Islam, nak melaksanakan hukum Hudud nak menjadikan Malaysia lebih Islam daripada negara Islam yang lain..Mana perginya perjuangan itu??..Semuanya PAS gagal pertahankan hanya mahu tidur sebantal dengan DAP...Macam mana PAS kata mereka nak ganti UMNO...






Cuba baca kenyataan Nik Aziz dibawah.. Nik Aziz macam orang bodoh seorang diri dalam PAS terpaksa mempertahankan isu Kalimah Allah kerana Presidennya telah menandatangani surat perjanjian menjual Kalimah Allah pada Anwar dan DAP..

Apa yang lebih memalukan Nik Aziz terpaksa menyakinkan pemimpin dan ahlinya sendiri dalam mempertahankan isu Kalimah Allah kerana kebanyakannya pemimpin-pemimpin PAS bersetuju dengan Anwar dalam isu Kalimah Allah...

Sedihkan PAS sekarang berbanding dulu...Mursyidul Am terlajak kata lepas tu undur setelah Majlis Syura buat keputusan...Presidennya pula tandatangani surat perjanjian jual beli kalimah Allah..Timbalan Presiden ikut cakap Guan Eng..sebab jawatannya ditaja oleh DAP...Naib Presiden diam membisu....Pesuruhjaya Negeri tunduk pada Anwar...



Bagi EP tak salah bagi Anwar mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam yang di tandatangani sendiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tanda setuju...Anwar tak menipu..tapi dia pandai putar belit membuatkan PAS terperangkap...

Persoalannya kenapa Hadi Awang tak merujuk dulu pada Majlis Syura PAS sebelum menandatangani perjanjian tersebut...Adakah Hadi Awang rasa dia lagi pandai dan hebat dalam bidang ilmu agama daripada ulama-ulama yang berada didalam Majlis Syura PAS??


 Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama sebulan lalu.
 Sambil menegaskan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu, Nik Abdul Aziz berkata, yang menjadi permasalahan kini ialah tidak boleh sama sekali menterjemahkan perkataan ‘God’ dan ‘Lord’ kepada ALLAH.
 “Kalimah ALLAH kita telah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulang dah benda ni, benda yang tak patut dijadikan isu, jadi isu.
 Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam terjawab apabila ia ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

** Anwar mana iktiraf Majlis Syura PAS...dia cuma iktiraf Majlis Syura DAP je...
Sumber dari: Empayar Pemuda

No comments:

Post a Comment