Pendikir tersohor Zaidi Buluh Perindu sudah tiada lagi, yang tinggal hanya CD rakaman suaranya yang merdu dan mengasyik telinga masyarakat Kelantan.
Bagi
Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menziarah keluarga Zaidi di Kampung
Bunut Sarang Burung pada pagi Jumaat menganggap Zaidi atau nama
sebenarnya Zaidi Mohamad satu kehilangan besar buat rakyat Kelantan.
Katanya,
“allahyarham Zaidi, 46, yang lebih dikenali dengan panggilan Zaidi
Buluh Perindu dek kemerduan suaranya, banyak terlibat dengan program
perpaduan yang dianjurkan Kerajaan Persekutuan.”
Selain
itu, kata Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Kelantan, allahyarham bersama rakan-rakannya juga banyak berjasa
dalam memartabatkan seni dikir barat sehingga dikenali di merata
tempat.
"Kita
kehilangan seorang budayawan tersohor yang banyak menyumbang kepada
negeri kita," katanya.
Allahyarham
meninggalkan isteri, Zaharina Mohamad, 47, dan tujuh anak berusia
antara 11 dan 28 tahun.
Allahyarham
pernah merakamkan lebih 100 album dikir barat sepanjang berkecimpung
dalam industri dikir barat tempatan selama 20 tahun.
Mustapa
berkata, pendikir adalah seorang yang kreatif dan mempunyai tahap
pemikiran yang tinggi kerana mampu mencipta bait-bait lirik secara
spontan tetapi mempunyai unsur nasihat yang diselangi lawak jenaka.
"Mereka
mampu guna bahasa yang indah, kiasan dan mampu untuk bawa mesej yang
boleh menyatupadukan rakyat, juga pada masa sama mempunyai unsur
dakwah.
"Kalau
kita berucap biasa, kadang-kadang rasa (mesej) tak sampai, (tapi)
pendikir kadang-kadang kreativiti mereka, intonasi, menjadikan rakyat
memahami mesej yang disampaikan mereka terutama melibatkan
perpaduan," katanya.
::tumpat news::
No comments:
Post a Comment