Friday, 1 March 2013

TERKINI! NIK AZIZ HINA SAMAKAN UMNO DENGAN KOMUNIS!!




Di dalam blog beliau, Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan satu entri kenyataan beliau semasa Konvensyen Pembangkang baru-baru ini. Dan ianya pasti akan mengundang polemik politik di negara ini.


Sebelum ini, MiM sendiri terlepas pandang dengan kenyataan kontroversi Nik Aziz itu sehinggalah MiM melayari blog ahli politik PAS itu.

Seperti yang kita semua tahu, Konvensyen Pembangkang tidak lekang dengan kontroversi. Yang amat memalukan ialah respons hambar peserta-peserta dan kepimpinan PAS tentang adegan 'memasarkan' Anwar Ibrahim sebagai PM.

Malah, Keldaian Keadilan Daily turut melaporkan berita yang tidak tepat tentang konvensyen tersebut. BACA SINI

Di bawah adalah entri Nik Aziz. Di antaranya :

Alhamdulillah, pada hari ini saya––orang Melayu––yang memakai ‘bulan’ , kita lihat ‘bulan’ ini juga ada pada orang Cina. Cina pula Cina DAP. Maka ‘bulan’ sekarang bukan hanya sudah diterima ke seluruh Semenanjung, tetapi juga diterima sampai ke Sabah dan Sarawak. 

Begitu juga ‘roket’ bukan sahaja ada pada Cina, tetapi ‘roket’ juga ada pada saya––orang Melayu. Orang pun kata,pada Tok Guru pun ada roket. Ini satu perkara yang tidak dapat ditentang dan tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun. 

Berdasarkan perkembangan ini semua, haruslah kita ingat, bahawa satu daripada pengkhianatan UMNO terhadap Islam dan orang Melayu ialah bila sahaja disebut Islam, terkeluarkan kata-kata Islam tidak layak di Malaysia ini. Sebabnya kita ada (rakyat) pelbagai bangsa. Kononya Islam di Malaysia tidak sesuai kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa. 

Baiklah! Kalau kita pergi ke Singapura, di sananya ada juga pelbagai bangsa, maka Islam tidak layaklah. Demikian juga, bila pergi ke Thailand, pergi ke London, atau pergi ke Amerika, hakikatnya di semua negara memang ada pelbagai bangsa. Maka jika ikutkan fahaman Islam cara UMNO, akhirnya Islam tidak layak di mana-mana pun. Atas asas inilah yang UMNO nak. 

Walaupun ada pihak mereka mendakwa, bahawa UMNO juga berkehendak Islam tidak ada tempat di atas dunia ini jika alasannya kerana rakyat kita pelbagai bangsa. 

Jika demikian, apa bezanya Islam dengan komunis? Di sisi komunis, Islam memang tidak boleh dipakai, sedangkan komunis juga buat masjid. Serupalah juga dengan UMNO yang masyhur kerana buat masjid di sana-sini. Maka yang demikian, apa bezanya kKomunis dengan UMNO?


1. Kita semua perlu sedar bahawa kenyataan tak masuk akal di atas dikeluarkan di masa parti PAS berasa amat tertekan dengan polemik kalimah Allah yang menjatuhkan maruah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

2. Malah, aktiviti bersekongkol dengan parti DAP juga menyebabkan ramai penyokong parti PAS berasa tertipu dan tidak mahu akidah mereka dipermainkan dek kenyataan kontroversi Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP sebelum ini.

3. Kenyataan Nik Aziz iaitu "Berdasarkan perkembangan ini semua, haruslah kita ingat, bahawa satu daripada pengkhianatan UMNO terhadap Islam dan orang Melayu ialah bila sahaja disebut Islam, terkeluarkan kata-kata Islam tidak layak di Malaysia ini." merupakan satu kenyataan tidak masuk akal dan sudah pasti tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia.

4. Mana mungkin UMNO mengkhianati Islam itu sedangkan parti itulah yang mempertahan dan menyuburkan agama Islam di negara ini.

5. Hanya orang yang buta mata dan hati sahaja tidak nampak jasa dan usaha UMNO untuk agama Islam. Kita lihat sekeliling dan kita boleh nampak pembangunan mikro dan makro yang berjuruskan kepada agama Islam.

6. Bukan sahaja dari segi infrastruktur, malah kerangka kerajaan dan agensi-agensinya jelas membuktikan usaha parti UMNO.

7.  Sekali lagi beliau hanya melihat dari sudut 'buat masjid' padahal lebih banyak lagi usaha murni UMNO telah dijalankan sejak dulu lagi.

8.  Apakah Nik Aziz tidak boleh keluar dari kepompong dan tempurung beliau dan melihat perkara yang sebenarnya berlaku di negara ini?

9. Padahal usaha-usaha memartabatkan Islam tidak pernah luntur bahkan semakin rancak terutama ketika pasca kemerdekaan. Malah, pembangunan Islam sangat pesat di negara ini.


10. Ulama Sheikh Yusuf al-Qaradawi sendiri pernah berkata: “Lebih penting, Malaysia telah diiktiraf sebagai antara negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam"

11. Pemimpin Hamas, Dr Mufid El Mukhalalati memuji dan menganggap Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.

13. Makanya, bukti sudah banyak dan UMNO bukan 'masyhur kerana buat masjid' tetapi ianya merangkumi pentadbiran, pendidikan, perundangan, perekonomian dan sebagainya bukannya hanya 'buat masjid' sahaja seperti celoteh Nik Aziz.


14. Ironinya, mungkin kenyataan 'buat masjid' itu untuk menutup kelemahan beliau di Kelantan di mana infrastruktur masjid di sana usaha beliau dan PAS adalah amat mengecewakan walau pun sudah lama mentadbir negeri itu.

15. Malah, kenyataan Nik Aziz yang menyamakan UMNO dengan komunis juga merupakan satu kenyataan tidak bertanggungjawab, tidak masuk akal, desperado dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh individu yang boleh berfikir dan berjawatan tinggi seperti Nik Aziz.

16. Perbandingan itu seperti langit dan bumi malah sudah tentu mendatangkan rasa mual rakyat Malaysia sekali lagi.

17. Sebelum ini rakyat berasa dihina apabila Nik Aziz menyamakan penerima BR1M dengan lembu dan ayam.

18. Bukan sahaja mual, kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah mempermainkan intelektual rakyat Malaysia.

19. Dan inilah masaalahnya apabila ada pemimpin politik yang hanya merujuk kepada sebahagian kecil sahaja daripada pemahaman keseluruhan maksud sesuatu perkara. Dan di dalam isu ini ialah komunis.

20. Sedangkan perkara fundamental tentang komunis dan ideologi Komunisme ialah tidak percaya kepada kewujudan Tuhan.

21. Apakah Nik Aziz ingat rakyat begitu bodoh dan percaya kenyataan beliau bulat-bulat?

Nampaknya, kepimpinan dan pakatan pembangkang semakin caca marba dan sudah banyak pekung dibuka hamppir setiap hari. Ini tidak melayakkan mereka untuk disokong pada PRU13 nanti.

Seperkara lagi, kita tidak dapat lari daripada memikirkan kenyataan-kenyataan kontroversi Nik Aziz dan Hadi Awang sebenarnya sekadar diversion untuk menutup polemik kalimah Allah yang memalukan parti itu!


SUMBER DARI : Dr. MiM

No comments:

Post a Comment