Wednesday, 27 February 2013

LAGI LAUNGAN TUKAR!!!

"BN akan pastikan bahawa janji-janji kita akan kita tunaikan dan kita sempurnakan. Apa yang kita tidak hendak ialah projek yang bersifat 'mi segera'. Kalau sesuatu projek itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan kita dah buat janji atau komitmen pada pilihan raya, kita akan tetap laksanakan- Datuk Seri Najib."


Simbol 'T' telah menjadi satu fenomena yang gempar di Kelantan. Rakyat semakin bersemangat untuk menukar pemerintahan pada PRU-13 nanti.


Sambutan amat menggalakkan oleh rakyat Kelate terutama golongan muda yang telah bosan dengan janji-janji palsu PAS. Gemaan laungan 'TUKARRRRR!!!' cukup membuat PAS semakin goyah dan mula mencari seribu satu alasan untuk mencari silap parti Barisan Nasional yang mana berbalik pada 'batang hidung sendiri'.


Transformasi ilham Datuk Seri Najib benar-benar memberi erti dan seribu makna di Kelantan. "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

Marilah kita bersama-sama membantu BARISAN NASIONAL pada PRU-13 nanti, dengan pemerintahan Kerajaan BN, hidup kita lebih maju bagi memacu masa depan anak cucu kita.

::tumpatnews::


















No comments:

Post a Comment