Penerima BR1M |
Sesi pengagihan seterusnya akan berlangsung sehingga 22 Februari 2013 ini yang kemudiannya akan diteruskan dengan pemberian BR1M untuk golongan orang bujang. Dijangka 15 ribu penerima BR1M yang akan menerima habuan, termasuk sebahagian 4 ribu penerima yang merupakan golongan orang muda.
Majlis yang sederhana tetapi wajah yang hadir penuh dengan senyuman 'hingga ke telinga' dan pulang dengan kesyukuran yang tak terhingga. Itulah yang dapat digambarkan kepada sebahagian rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan tersebut.
Bagi Kak Chik yg juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Tumpat, BR1M merupakan impak yang amat bagus terutama kepada golongan muda khususnya remaja bagi menerima pemberian 'direct' dari kerajaan. Jika sebelum ini perkara berkaitan duit dikaitkan dengan pembangunan tapi sekarang kerajaan telah memberi bantuan sebagai kata 'Cakna Kerajaan' kepada rakyat, kata beliau kepada Tumpat News.
Kerajaan telah berusaha pelbagai cara sehingga kini untuk membuktikan pada rakyat Kelantan, duit yang dihulurkan bukan untuk RASUAH rakyat, tapi BANTUAN rakyat. Semoga dengan penyerahan BR1M ini akan membuka 'mata kepala' rakyat kelantan bahawa kerajaan amat mementingkan keperluan rakyat dari segala segi bukan sahaja hanya memperjuangkan islam semata-mata kerana tamakkan nama dan pangkat.
No comments:
Post a Comment