Wednesday, 20 February 2013
SEMANGAT 'TUKAR' DAN 'GELOMBANG MERAH'...
Lebih 16,000 rakyat Kelantan berhimpun dalam Program Himpunan Anak-Anak Kelantan di Perantauan. Bergema laungan "Tukar" dan "Gelombang Merah" dalam program yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, 17 Feb 2013.
Himpunan yang bermula pada jam 12 tengahari dan tamat pada jam 6.30 petang itu merupakan himpunan kali kedua diadakan dalam sejarah. Objektif program adalah untuk untuk mengeratkan ukhwah di antara anak-anak perantau kelantan. Program dilihat berjaya mencapai matlamat dengan kehadiran ribuan rakyat kelantan.
Bermula dengan pendaftaran peserta perhimpunan mengikut bahagian masing-masing untuk berpeluang memenangi cabutan bertuah. Pelbagai pengisian program diadakan termasuk pertandingan dikir barat, pameran, paintball, street soccer dan sebagainya. Turut diundang artis tempatan seperti Nash, Jay Jay, Aisyah AF, Zizi AF, Ain AF dan Akmal AF serta pemain-pemain The Red Worriors.
Dengan adanya program ini jelas sekali menyatakan rakyat Kelantan mahukan perubahan untuk memastikan peluang pendidikan dn pekerjaan terjamin di Kelantan. Perantau-perantau Kelantan nekad menyokong BN supaya mereka dapat berbakti di negeri sendiri.
Kemuncak program ucapan dari YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, menyeru rakyat Kalantan melakukan perubahan bagi menjamin masa depan yang lebih cerah. Laungan "Tukar" dan "Gelombang Merah" oleh PM disambut ribuan hadiran. Turut memberi sokongan dengan kehadiran semua ketua bahagian dan Penyelaras DUN seluruh Kelantan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment