Friday, 22 February 2013

PENERIMA BR1M BINATANG??...

"Kerajaan UMNO Barisan Nasional beri BR1M ke BROOM ke, kita ambil. Rakyat Malaysia berhak ambil kerana wang itu hak kita. Tapi PRU13 jangan lupa undi Pakatan Rakyat."



"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam datang dekat kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu, bubuh (bagi) jerami."

Dikala jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan bantuan BR1M oleh Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai "memberi hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu".




Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan kenyataan Nik Aziz sebagai satu penghinaan kepada rakyat dan kerajaan Malaysia.

Apakah yang harus kita sifatkan kepada seorang pemimpin yang digelar Ulamak dan Tok Guru yang kononnya menegakkan Islam tergamak mengeluarkan kenyataan sedemikian. Walhal rakyat Kelantan termasuk ahli PAS, banyak yang menerima duit BR1M.


Sementara itu, Mursyidul Am Tibai Zaid Mat Arip dalam petikan menyoal "tingkahlaku PAS mengutip derma daripada orang ramai sewaktu ceramah, Kerajaan PAS Kelantan menuntut royalti minyak di Petronas yang bukan hak dia dan mengutip derma untuk bina Lebuh Raya Kelantan daripada orang ramai bermakna kerajaan PAS sama taraf dengan ayam dan lembu???."



No comments:

Post a Comment