Parlimen Malaysia semakin hampir dibubarkan, ianya berikutan tindakan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani IKRAR INTREGRITI PILIHANRAYA di pejabatnya pagi ini.
Majlis tandatangan ikrar tersebut disaksikan oleh semua pemimpin BN termasuk Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Antara kandungan IKRAR tersebut menjelaskan beberapa perkara termasuk calon mesti beretika, tak terima atau memberi rasuah, utamakan rakyat dan tidak melanggar akta pilihanraya.
Dalam kenyataan ringkas, Najib menegaskan sebaik saja nama calon-calon BN diumumkan nanti, semua wajib tandatangan Ikrar Intregriti itu.
Dokumen Ikrar itu kemudian diserahkan kepada Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low sebaik sahaja selesai ditandatangani.
Sementara itu, Tengku Adnan mengulas hanya mereka yang jadi calon sahaja akan tandatangani Ikrar tersebut.
-tumpatnews.
No comments:
Post a Comment