Friday, 22 February 2013
FITNAH JUMAAT TERHADAP BR1M
Akujanji ini dikatakan diedarkan di Bachok, Kelantan semasa majlis penyampaian wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Dakwaan kerajaan PAS bahawa kertas Akujanji itu diedarkan dan dilakukan oleh pihak UMNO adalah tidak berasas sama sekali. UMNO tidak seperti kerajaan DAP P.Pinang yang memberi syarat penerima bantuan RM100 SETAHUN untuk warga emas harus berdaftar mengundi dengan SPR yang jelas bermotifkan politik memancing undi.
Tidak perlu bersumpah atau berjanji kerana keperihatinan kerajaan UMNO memberi BR1M kepada seluruh rakyat yang layak tanpa mengira pengundi BN atau 'Pembangkang' dan tidak berunsur politik mahupun kaum atau agama.
Mainan politik murahan dan terdesak dari kerajaan PAS dengan memperguna akujanji tersebut sangat lucu dan memalukan. Bakti dan sumbangan yang dicurahkan oleh Kerajaan UMNO-BN cukup buat rakyat faham dan menilai kepimpinan yang baik untuk masa hadapan.
Berkata tentang dakwaan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat tentang penerima BR1M sama seperti 'ayam dan lembu', adakah pemegang kertas Akujanji itu adalah haiwan? Kata-kata itu amat mengejutkan seluruh rakyat Kelantan khususnya penyokong PAS, PKR dan KEADILAN.
::tumpatnews::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment