Saturday, 23 February 2013
TERBARU - PARLIMEN BUBAR HUJUNG MAC??
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Seri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen bakal dibubarkan selepas tamatnya Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013.
Memetik kenyataan Astro Awani.com Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas taklimat bersama Pengarah-Pengarah Pilihan Raya zon utara di Langkawi semalam.
Jangkaan itu adalah pandangan peribadi beliau, tegas Aziz.
Beliau percaya, pameran yang telah dirancang sejak dua tahun lalu itu akan menjadi sebab kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013.
"Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA," kata Aziz lagi.
Menurut Abdul Aziz, Najib sangat arif mengenai kepentingan pelaburan asing yang akan dijana sempena penganjuran pameran berkenaan.
Justeru, Aziz secara peribadi yakin PRU-13 akan berlangsung selepas penganjuran LIMA 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment